Aplikasi Mudah Alih Nippon Paint – Penvisual Warna

Nippon Paint Colour Visualizer

Penvisual Warna Nippon Paint untuk Dalaman Rumah

Aplikasi Nippon Paint Colour Visualizer adalah percuma dan kini tersedia untuk dimuat turun!

Nippon Paint Colour Visualizer

Perkenalkan aplikasi baharu 'Nippon Paint Colour Visualizer' – pelukis maya anda yang membantu memudahkan kerja mengecat anda. Pilih, cat dan visualisasikan warna pada gambar rumah anda "di mana-mana sahaja"! Ketahui apa yang bakal anda hadapi sebelum titisan cat pertama menyentuh dinding anda.

Colour Visualizer boleh mengecat sekitar objek, mengekalkan bayang-bayang dan tekstur sambil memberikan gambaran realistik bagaimana warna Nippon Paint akan kelihatan di rumah anda.

Muat naik atau ambil gambar bilik anda dan mula meneroka lebih 1,000 warna Nippon Paint yang tersedia dan mula MENGECAT!

Ciri-ciri termasuk:

  • Cat sebarang warna Nippon Paint pada dinding anda
  • Simpan projek anda dan kongsi dengan pasangan atau rakan anda
  • Lihat semua padanan digital terdekat warna Nippon Paint
  • Cari peniaga sah Nippon Paint yang terdekat
  • Reka bentuk aplikasi universal yang dioptimumkan untuk format telefon dan tablet
  • Layari, pilih dan cari warna lain semasa melihat bilik anda
  • Cadangan segera skema warna yang sesuai untuk bilik anda
  • Bandingkan dan lihat pelbagai skema warna
  • Ketahui promosi cat dan perkhidmatan mengecat terkini

Kami telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan warna pada skrin sehampir mungkin dengan warna yang akan anda gunakan. Malangnya, kami tidak dapat menjamin padanan warna yang tepat. Warna dalam gambar dan swatch cat akan berbeza bergantung kepada tetapan dan resolusi skrin anda. Laman web ini direka untuk membantu anda mendapat gambaran yang lebih baik tentang idea skema warna anda. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu warna, kami mengesyorkan anda merujuk risalah warna Nippon Paint di kedai runcit yang diberi kuasa.