
RoofGuard
Cat Luaran
RoofGuard ialah emulsi berasaskan akrilik yang berkualiti tinggi dan amat tahan lasak yang memberikan kesan akhir yang licin pada jubin bumbung. Ia mengandungi pigmen tahan cahaya dan tahan alkali yang cemerlang, serta bahan tambah kawalan kulat yang berkesan untuk melindungi jubin bumbung.
RoofGuard

Faedah
Mudah disapukan
Rintangan alkali yang cemerlang
Memantulkan suria
Ciri-Ciri
Rintangan cuaca yang cemerlang
Tahan pudar
Kemasan
Kilat Rendah
Gunakan Cat Ini Jika...

Anda mempunyai permukaan luaran yang terdedah kepada keadaan cuaca

Anda tidak mahu risau tentang pertumbuhan kulat atau lumut pada dinding anda

Anda mahu mencegah pengumpulan haba yang tinggi dan mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk penghawa dingin
Di Mana Anda Boleh Menggunakannya?
Jubin bumbung tanah liat tidak berkilat lama dan baharu, batu-bata, konkrit dan bumbung logam. Tidak disyorkan untuk jubin berkilat.

KAEDAH:
Roller, berus atau semburan konvensional
LIPUTAN TEORI:
Anggaran 12 m2 / liter bergantung kepada keliangan permukaan
MASA PENGERINGAN:
Kering Permukaan 30 minit pada 30°C
Kering Keras 2 jam pada 30°C
MASA SALUTAN SEMULA:
2 jam berdasarkan keadaan normal
Pastikan permukaan bersih, kering dan stabil menggunakan rawatan permukaan yang disyorkan berikut:
- Kelembapan: Tidak boleh ada sisa air pada permukaan substrat. Kelembapan mesti <4% (Sovereign moisture master) sebelum aplikasi
- Bahan tidak stabil: Buang filem lekatan yang longgar, kotoran, cat yang mengelupas, dsb dengan semburan air bertekanan tinggi atau cara mekanikal seperti berus kuasa atau pengikis, mengikut kesesuaian
- Bahan cemar: Buang habuk dan bahan asing dengan membersihkan menggunakan kain lembap. Buang minyak atau gris menggunakan pelarut atau detergen lembut. Biarkan permukaan kering
- Kulat dan Alga: Basuh kawasan yang terjejas untuk membuang bahan tidak stabil dan mikro-organisma. Sapukan Larutan Anti-Kulat dan biarkan selama sekurang-kurangnya 2 jam
- Retakan halus: Isi retakan dengan dempul atau pengisi kalis air gred luaran yang sesuai
- Khusus untuk bumbung logam: Substrat harus diberus dawai atau dilecuh abrasif dan diprimer dengan sewajarnya sebelum penyapuan.
PDF Produk
Helaian Data Teknikal (TDS)Anda mungkin juga berminat dengan
Juga dibeli bersama
Mengapa Nippon Paint?

Nippon Paint ialah Jenama Cat No.1 di Singapura.
Nippon Paint adalah salah satu perintis yang paling mapan dalam industri cat dengan lebih 120 tahun pengalaman dalam teknologi cat.
Nippon Paint mematuhi sepenuhnya keperluan kualiti, alam sekitar, kesihatan dan keselamatan pekerjaan, undang-undang dan keperluan lain tempatan untuk memastikan kualiti tertinggi dicapai.

